Sunday 14 April 2013

Kerepek Pisang

Bahan-Bahan :
  • Pisang kebatu atau nangka (yg dah agak tua tapi lum masak)
  • Garam (dilarut dalam air suam)
  • Minyak untuk menggoreng kerepek pisang
Cara Membuat :
  • Kupas kulit pisang dan bersihkan 
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali (kalau sagat siap-siap, nanti kerepek pisangnya melekat antara satu sama lain)
  • Masukkan 1 atau 2 sudu bancuhan garam tadi ke dalam kuali yang mengandungi kerepek pisang tadi (ia akan menghasilkan bunyi berdesir dan memercikkan minyak - jauhkan dari kanak-kanak semasa proses memasak)
  • Goreng kerepek pisang tadi hingga masak
  • Angkat dan sejukkan, baru boleh di simpan dalam balang kedap udara





Di biarkan rendam untuk menghilangkan getah



Mengoreng



Sejat minyak



Mengoreng



Penyagat


Pisang yang siap di kupas

Pisang dikupas

Siap dimasak



No comments:

Post a Comment