Sunday, 14 April 2013

Tempahan

Kami menyediakan tempahan :

1) Perayaan
2) Majlis
3) Program

1Kg - RM20

Untuk posting mengikut berat dan kuantiti dalam Kilogram



Pisang

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysiakultivar seperti pisang masberangancavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangkarajalangrelongtanduknipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Antara pisang yang kami pilih untuk hasilkan kerepek iaitu pisang nangka dan pisang kebatu.



Pisang nangka


Pisang Kebatu

Kerepek Pisang

Bahan-Bahan :
  • Pisang kebatu atau nangka (yg dah agak tua tapi lum masak)
  • Garam (dilarut dalam air suam)
  • Minyak untuk menggoreng kerepek pisang
Cara Membuat :
  • Kupas kulit pisang dan bersihkan 
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali (kalau sagat siap-siap, nanti kerepek pisangnya melekat antara satu sama lain)
  • Masukkan 1 atau 2 sudu bancuhan garam tadi ke dalam kuali yang mengandungi kerepek pisang tadi (ia akan menghasilkan bunyi berdesir dan memercikkan minyak - jauhkan dari kanak-kanak semasa proses memasak)
  • Goreng kerepek pisang tadi hingga masak
  • Angkat dan sejukkan, baru boleh di simpan dalam balang kedap udara





Di biarkan rendam untuk menghilangkan getah



Mengoreng



Sejat minyak



Mengoreng



Penyagat


Pisang yang siap di kupas

Pisang dikupas

Siap dimasak