Kerepek Pisang
Bahan-Bahan :
- Pisang kebatu atau nangka (yg dah agak tua tapi lum masak)
- Garam (dilarut dalam air suam)
- Minyak untuk menggoreng kerepek pisang
Cara Membuat :
- Kupas kulit pisang dan bersihkan
- Panaskan minyak dalam kuali
- Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali (kalau sagat siap-siap, nanti kerepek pisangnya melekat antara satu sama lain)
- Masukkan 1 atau 2 sudu bancuhan garam tadi ke dalam kuali yang mengandungi kerepek pisang tadi (ia akan menghasilkan bunyi berdesir dan memercikkan minyak - jauhkan dari kanak-kanak semasa proses memasak)
- Goreng kerepek pisang tadi hingga masak
- Angkat dan sejukkan, baru boleh di simpan dalam balang kedap udara
Di biarkan rendam untuk menghilangkan getah
Mengoreng
Sejat minyak
Mengoreng
Penyagat
Pisang yang siap di kupas
Pisang dikupas
Siap dimasak